Salam Maulidur Rasul 1437H

Wednesday, December 23, 2015


Wahai seorang kekasih, 
Telah lama kau dirindui, 
Pilu sedih dalam kerinduan, 
Menangis pun tak berair mata, 
Namun hati tetap gembira, 
Syafaatmu menanti di sana.

 Sungguh tabahnya hatimu, 
Menanggung derita yang melanda, 
Biarpun perit pedih tersiksa,
 Kerana umat kau tempuhi jua.

 Wahai Rasul kaulah segalanya, 
Contoh terbaik umat akhir zaman,
 Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
 Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.

 Wahai Rasul kami merindui,
 Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
 Manis senyuman mu penawar hiba,
 Di hati kami kaulah segalanya.

Program Ziarah Mahabbah ke Hospital Tunku Jaafar,Seremban

Sunday, April 5, 2015

OBJEKTIF
  • Mendidik pelajar agar bersifat prihatin terhadap golongan yang memerlukan
  • Menarik minat pelajar agar terdorong untuk melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dan kebajikan
  • Menyampaikan mesej Islam serta pelbagai maklumat, pengetahuan dan doa kepada kepada pesakit
  •   Menjalinkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dengan pihak hospital.

TARIKH
  • 4 April 2015 ( Sabtu )
TEMPAT
  • Hospital Tunku Jaafar,Seremban









TENTANG MENGHORMATI GURU

Wednesday, March 25, 2015

Wahai anakanda dengarlah amanat
Terhadap gurumu hendaklah hormat
Ilmunya banyak memberi manfaat
Menyelamatkan hidup dunia akhirat

Kepada guru hendaklah sopan
Tunjuk ajarnya anakanda dengarkan
Penat letihnya jangan dilupakan
Supaya hidupmu dirahmati Tuhan

Kepada gurumu janganlah durhaka
Janganlah pula berburuk sangka
Tunjuk ajarnya anakanda jaga
Supaya manfaatnya dapat dirasa

Kepada gurumu eloklah perangai
Apabila disuruhnya janganlah lalai
Tunjuk ajarnya selalu dipakai
Supaya hasratmu cepat tercapai

Apabila gurumu selalu kautentang
Ditunjuk diajar engkau membangkang
Akibatnya buruk bukan kepalang
Ilmu dituntut berkahnya hilang

Kepada guru jangan menista
Bercakap kasar bermasam muka
Orang benci Allah pun murka
Hidupmu akan terlunta-lunta

Kepada gurumu nampakkan minat
Petua didengar petunjuk diingat
Supaya belajar beroleh manfaat
Membawa berkah dunia akhirat

Kepada gurumu hendaklah patuh
Ditunjuk diajar jangan mengeluh
Belajarlah dengan bersungguh-
sungguh
Supaya hidupmu menjadi senonoh

Anggaplah guru sebagai ibu bapa
Tempat merujuk tempat bertanya
Memudahkan anakanda memahami 
ilmunya
Supaya pelajaranmu tak sia-sia

Jadikan gurumu contoh teladan
Minta nasihat untuk pegangan
Apa masalahmu boleh disampaikan
Supaya bebanmu menjadi ringan

Kepada gurumu berterus terang
Jangan bercakap main belakang
Supaya belajar hatimu lapang
Guru mengajar hatinya senang

Kepada gurumu berterima kasih
Kerana mengajarmu berpenat letih
Sampaikan dengan hati yang bersih
Semoga menjadi amalan soleh

Wahai anakanda permata bonda
Gurumu itu juga manusia
Tentulah ada lebih kurangnya
Maafkan olehmu bila ada salahnya

Kepada guru jangan mendendam
Orang pendendam imannya padam
Budi yang baik jadi tenggelam
Hari depanmu menjadi suram

Budi gurumu janganlah dilupakan
Penat letihnya jangan diabaikan
Ilmu diterima engkau amalkan
Semoga pahalanya sama dirasakan

Budi gurumu selalu dikenang
Jasanya besar bukan kepalang
Engkau dididik menjadi orang
Ditunjukkan pula jalan yang terang




PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR): BERBUDI BAHASA

Sunday, March 15, 2015

BERBUDI BAHASA: MENGENANG BUDI/MENGHARGAI

PROGRAM: Majlis Makan Malam Asrama & Sambutan Hari Lahir
TARIKH : 12 Mac 2015






Bengkel Pemurnian Muzakkir (1)

Tuesday, February 17, 2015

16 Feb 2015- Alhamdulillah...Pihak BADAR SMKA SHAMS telah berjaya mengadakan Bengkel Pemurnian Modul Muzakkir Siri 1. Modul Muzakkir ini telah digubal oleh Murobbi BADAR sejak tahun 2002. Modul ini dilaksanakan  bagi memastikan pelajar - pelajar SMKA SHAMS mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan seterusnya berperanan dalam masyarakat. Antara isi kandungan modul ini ialah doa sekolah, doa - doa harian, wirid selepas solat,panduan solat jenazah dan tips menghafaz al-Quran.

Pihak BADAR mengucapkan jutaan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Khazri Osman,pensyarah UKM yang juga mantan guru SMKA SHAMS atas inisiatif merancang bengkel pemurnian modul muzakkir ini. Terima kasih juga diucapkan kepada al-Fadhil Ustaz Mohamad Faisal Kamis, pensyarah IPG Bangi yang juga mantan guru SMKA SHAMS dan al-Fadhil Ustaz Badrul Hisyam Mohd Yasin,Pensyarah IPG Bangi yang juga merupakan bapa kepada pelajar SHAMS atas kesudian membantu bagi menjayakan bengkel ini. Tidak dilupakan kepada pentadbir dan murobbi BADAR yang komited membantu. Semoga usaha yang mulia ini mendapat nusrah dari illahi dalam memastikan pelajar - pelajar SHAMS terus istiqamah dengan syariat Islam.







Bersemadilah Dengan Tenang Wahai Murobbi Ummah

Sunday, February 15, 2015


Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.
Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.
Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.
Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.
Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.
Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.
Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.
Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.
Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.
Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.
Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.
Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.
Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.
Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.
Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.
Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.
Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.
Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbirank bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu mengajar agama setiap pagi jumaat diKota baharu yang dihadhiri oleh mereka yang datang dari jauh dan dekat..
Semoga murabbi ini tenang berishtirehat disamping Penciptanya..

Pelancaran Kelas Fakulti Pengajian Islam

13 Feb 2015: Kelas Fakulti Pengajian Islam bagi tahun 2015 telah berjaya dilancarkan dengan jayanya. Kelas Fakulti Pengajian Islam ini merupakan kelas fardhu ain yang dianjurkan oleh BADAR.Dimana tenaga pengajarnya terdiri daripada para nuqaba ting.4 & 5, manakala pesertanya terdiri daripada pelajar - pelajar ting.1 & 2.

Antara pengisian dalam kelas fakulti pengajian Islam ialah Aqidah, Feqah, Sirah & Tajwid.Waktu pelaksanaannya bermula dari jam 6.30 ptg hingga 7.00 ptg ( Isnin-Khamis). Diharap kelas Fakulti Pengajian Islam ini menghasilkan impak yang bermakna dalam usaha melahirkan para pelajar yang berilmu dan bermanfaat kepada masyarakat.





Warna Warni Usrah di SMKA SHAMS pada tahun 2015

Tuesday, January 27, 2015


Buku - buku yang digunakan sepanjang perjalanan usrah 2015




Kursus Usrah Profesional Tahun 2015

Sunday, January 25, 2015


OBJEKTIF
  • Memberi kefahaman yang jelas tentang peranan dan kepentingan usrah dan naqib.
  • Melatih para nuqaba’ dengan kemahiran mengendali dan menguruskan usrah yang berkesan
  • Membimbing para nuqaba’ memahami sukatan usrah dan cara penyampaiannya.
  • Menyedarkan para nuqaba’ untuk menghayati peranan mereka sebagai naqib
TEMPAT
  • Dewan Ibnu Kathir SMKA SHAMS
TARIKH
  • 23 Jan 2015 -  25 Jan 2015
TENTATIF




SENARAI KUMPULAN USRAH NUQABA' SERTA MUROBBI SMKA SHAMS 2015

Friday, January 23, 2015

NUQABA' USRAH TINGKATAN 1 SERTA MUROBBI

NUQABA' USRAH TINGKATAN 2 SERTA MUROBBI

NUQABA' USRAH TINGKATAN 3 SERTA MUROBBI

NUQABA' USRAH TINGKATAN 4 SERTA MUROBBI

NUQABA' USRAH TINGKATAN 5 SERTA MUROBBI

Mengenali Usrah BADAR SMKA Sheikh Hj. Mohd Said Tahun 2015

Thursday, January 22, 2015

1.0   PENGENALAN
Usrah BADAR ialah satu program penting untuk membentuk para pelajar agar berfikrah Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan. Usrah BADAR di SMKA Sheikh Hj. Mohd Said ( SHAMS ) merupakan program wajib yang perlu diikuti oleh semua pelajar.

2.0   WAKTU PELAKSANAAN
HARI          : Isnin
MASA        : 3.15 ptg – 4.30 ptg

3.0   AKTIVITI USRAH
1. Muqadimah/Bacaan Al-Quran (5 minit)
2. Pembentangan bahan usrah oleh naqib (20 minit)
3. Perbincangan bahan usrah (15 minit)
4. Perbincangan isu-isu semasa/muhasabah/hal-hal lain. (15 minit)
5. Kesimpulan/rumusan/penutup (5 minit)

4.0   PLANNER USRAH 2015



PROGRAM SAHSIAH UNGGUL (SUMUR):INSAN MUTADAYYIN

Friday, January 16, 2015

INSAN MUTADAYYIN : TADARUS AL-QURAN 

HARI   : SETIAP JUMAAT
MASA  : 7.10 PG -7.20 PG





Bicara Cinta Rasul

Saturday, January 10, 2015

Tarikh : 19 Jan 2015/28 Rabiul Awal 1436H
Hari     : Isnin
Masa   : 3.00 ptg
Tempat: Dewan Ibnu Abbas,SMKA Sheikh Hj. Mohd Said
Penceramah : PU Azmansyah 

Semua Warga SHAMS Dijemput Hadir